Apa itu hadis?

Hadis adalah laporan perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasulullah s.a.w dan apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasulullah s.a.w adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

sekadar hiasan

Ulama periwayat hadis ada ramai, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu

  • Imam Bukhari
  • Imam Muslim
  • Imam Abu Daud
  • Imam Tirmidzi
  • Imam Ahmad
  • Imam Nasa'i 
  • Imam Ibnu Majah
Senarai kitab Hadis yang diakui oleh umat Islam seluruh dunia sebagai kitab hadis sahih iaitu:
  1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammad bin ismail
  2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-nasaburi
  3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman bin shuib
  4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud sulaiman
  5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu esa muhammad bin ishak Asalmi
  6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu abdullah muhammad bin yazid al-quzwini
  7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad
Kedudukan hadis dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana di dalam al Quran terdapat banyak penegasan mengenai hadis [di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah] malahan hampir keseluruhan himpunan hadis yang dinyatakan selari dengan al Quran.
Ketaatan terhadap Rasulullah s.a.w sering dinyatakan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Sebagaimana yang ditegaskan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud
“Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” 
(surah al Anfāl : ayat 1) 
Dengan penegasan dalam al Quran seperti di atas, jelaslah bahawa hadis tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.

5 fungsi hadis

  • Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
  • Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum dalam al Quran.
  • Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
  • Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahli al Ra’y berpandangan bahawa hadis yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
  • Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
*para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadis-hadis Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadis memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadis juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadis memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina.
Selain itu hadis juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik.
Hadis juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah peribadi dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Seperti mana kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyembunyikan barang dagangan tetapi perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadis.
Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita kupas dari hadis, seolaha-olah ia bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah [sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu], ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi, namun hadis menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri.
Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah s.a.w itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.
Wallahu a'lam

Jenis-jenis hadis:

  • Hadis Mutawatir 
  • Hadis Sahih 
  • Hadis Hasan 
  • Hadis Dha'if 
  • Hadis Maudhuk 
  • Hadis Ahad
insyallah, akan dijelaskan jenis-jenis hadis tersebut
SEMOGA BERMANFAAT

"Ilmu itu luas, ia perlu dicari bukan dinanti.. jom! cari ilmu"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...