Luahan 2

aku takkan berkata,
aku ASKAR FISABILILLAH,
kerana aku tahu aku lemah dan tak sekuat mereka,
namun keinginan itu ada
hanya doa yang mampu aku lakukan untuk mereka,
dan kini aku menyeru kamu bersama 

[sekadar menadah tangan, memohon bantuan, dan longgarkan ikatan ego diri untuk tunduk padaNYA, bukan sesuatu yang sukar]


Gambar Berbicara 2

klik untuk pembesaran

Luahan 1

apabila kau kehilangan sesuatu, kau cuba melupakannya, 
lalu di saat engkau tengah berusaha tabahkan diri dan ingin terus maju,
pandangan disekelilingmu seolah-olah mendesak kau mengingati semua kenangan lalu..
lemah...

tersangat lemah...


selagi ada...

hai blog? apa khabar? sihat tak? kalau lah blog ni boleh cakap en...

ok dah!  berbulan aku biarkan kau ibarat bayi yang tidak berayah, ibu toksah cakap, aku belum kawen, eh! abestu macam mana kau wujud ni... haaa...kecurigaan aku sejenak

dekat 2 bulan kan blog? kalau lah kau ni rumah, gerenti habuk yang ada kat kau setebal 3 inci, sawang kemain memenuhi angkasa, tapi kau bukan rumah jadi takyah cakap tentang habuk, debu, hampas,hantu, jin,  makhluk halus dan sewaktu dengannya... eh! aku menyerong lagi... maaf blog... aku gurau ja,jangan marah2, x elok...

sebenarnya blog, aku ada warkah yang ingin diceritakan pada kau blog, kisah sadis lagi tragis dan aku tahu kau tak pernah mengalaminya dan aku tak ingin kau mengalaminya, sebab aku tak ingin engkau terseksa...

adalah sesuatu yang memeritkan dan menyakitkan apabila sesuatu yang dihadapan matamu tak pernah engkau hargai,malah kau tak endahkan akan kewujudannya, tapi saat engkau memerlukan dia untuk ada denganmu, dia telah pergi tanpa sebarang tanda... sedih... dan aku menyesal -_-

al-kisahnya begini,

dulu sewaktu muka aku tengah kemas, kacak [sila abaikan perkataan ini, sekadar nak menyedapkan hati sendiri sahaja, sekian] shaver tu elok2 ja kat dalam almari aku, berhari2 dia jadi budak baik dalam almari tu, tapi bila muka aku dah serabai tahap kambing bermisai dan sangat2 memerlukan shaver tu, ntah mana dia ilang pulak, ada kaki ke ape? puas aku cari satu almari, aku selongkar abes, tak jumpa juga, aku tanya kawan aku, dia geleng tanda tak tahu, cari lagi satu bilik,tak jumpa juga, cari satu rumah pon tak jumpa jugak, tak ke perit tu, kalau lah shaver tu boleh cakap dan gelak, mesti waktu aku tengah mencari macam kucing ilang anak, dia tengah gelak2 "hohoho... waktu aku ada kau tak peduli, amek kau... skang rasakan penangan kambing bermisai...."

kalau sekali dua, tak apa, ini berkali2, tapi salah aku juga, dah berkali2, tp tak reti nak ikat shaver tu kat almari, gerenti takkan ilang punya...



apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...