memakai baju di kaki

orang cakap jangan dengki, tak bagus... tapi kalau aku lah kan...

semua benda bergantung pada diri sendiri, dengki memang tak bagus, tapi kalau kau letak dengki tu pada tempat yang sesuai, percayalah... kau sendiri akan perolehi manfaat dia.... sama jugak dengan cemburu... kenapa? sebab aku dah rasa... aku manusia biasa,dengki2... alah... lumrah la ba tu kan... tipu la kalau ada orang cakap dia x pernah rasa dengki... yang penting kau tahu cara nak letak dengki dan cemburu kau tu pastu kau tahu apa yang kau nak buat dengan perasaan tu.. tapi aku bukan maksudkan kau tangani perasaan tu dengan menjatuhkan orang yang cemburu atau dengki tu, macam kau pegi bomoh dia, kau burukkan dia, kau mandrem dia, wakakaka... e'eh, rajin betul aku taip "atau" ,pakai simbol "/" ni pun cukuplah... mangkok pinggan betol...



ok,sambung...

sampai mana dah, lupakan.. leceh aku nak baca ulang2.... senang cerita, dengki lah pada orang yang lebih dekat dengan ALLAH, lepas tu usaha nak lebihi dia, contoh: dengki kat ustaz2, ahli agama sebab masa dorang full time kepada ALLAH... yang tu nak dengki, takpa... dengan syarat GUNAKAN KEDENGKIAN KAU SEBAGAI GALAKAN UNTUK KAU BERIBADAH!

tu satu perkara, SIFAT TAK ELOK TAPI BOLEH BERI MANFAAT

lagi satu, SIFAT ELOK TAPI BOLEH BAGI MASALAH yakni sifat malu [aku tak tahu kalau ada sifat lain lagi, setakat ni,ini yang aku nampak]

yang malu tu memang elok, tapi kadang orang salah letak tempat dia, kalau di nasihat, dia bagi kau alibi kuat... apa dia cakap "MALU ITU PERISAI ORANG BERIMAN" 

aku tau lah malu tu perisai orang beriman,tapi faham betul2 maksud dia, malu lah kau kalau x solat, malulah kau kalau tayang aurat, malu lah kau kalau tak puasa dan tak beribadah dan lakukan perkara mungkar tapi MASALAH kalau kau malu nak belajar, bertanya, sebar ilmu, menegur orang dan sewaktu dengannya, betul2 masalah... jadi SILA JANGAN MALU... eh! salah falsafah... maksud aku SILA MALU PADA TEMPAT YANG BETUL...

bila fikir tentang dua perkara tu, satu ja aku nak cakap, BAJU PAKAI KAT BADAN, BUKAN KAKI..

mukadimah


keistimewaan apabila kau buat blog, lepas tu kau sendiri baca blog tu dan kau tak bagitahu sesiapa tentang kewujudan blog kau ialah, KAU TAK PERLU IKUT SKEMA menjawab soalan BERBLOGGING...

seandainya ada yang menjumpai blog ini, jangan salahkan aku andai tidak mengikut susunan bahasa serta ejaan yang betul berpandukan sistem dewan bahasa dan pustaka, itu qada dan qadar dari DIA andai kau terbaca blog yang tidak menjaga tata susila bahasa dan bakal gagal peperiksaan andai kau jadikan penulisan di blog ini sebagai contoh kau membuat karangan upsr, spm, stpm dan sewaktu dengannya, oleh itu aku tak akan bertanggung jawab atas segala tekanan jiwa dan perasaan.

selain itu, bila kau tak ikut skema berblogging, kau tak perlu pecah otak, minda, tekanan jiwa, dilema dan berikat perut apa kaitan dengan perut lak ni untuk menulis tajuk dan catatan bagi memastikan ia sepadan, secocok dan sehati sejiwa dengan entri yang kau buat... sekian terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...