Hadis Sahih


  • Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir 
  •  Periwayat-periwayat tersebut mempunyai sifat-sifat 
  1.  Adil 
  2. Kuat Ingatannya 
  3. Sejahtera dari keganjilan 
  4. Sejahtera dari kecederaan dan keburukan 
  • Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan sempurna hafalannya. 
  • Syarat hadis sahih, iaitu: 
  1.  Sanadnya bersambung 
  2. Perawinya sudah baligh 
  3. Berakal 
  4. Tidak menlakukan dosa 
  5. Sempurna hafalannya 
  6. Perawi yang ada dalam sanad itu harus adil 
  •  Hadis yang diriwayatkan tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran. 
  • Hadis Sahih terbagi kepada dua, iaitu: 
  1.  Sahih Lizatihi = hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. 
  2. Sahih Lighairihi = hadis yang sahihnya diperkuatkan dengan keterangan lain. 
 ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”-Riwayat Muslim 

 akan datang, penerangan Hadis Hasan.. insyALLAH..

apa itu hadis mutawatir?

  • Mutawatir ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang". Istilah ini digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith. 
  • Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta. 
  • Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. 
  • Contoh: "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim). 
  • Menurut para ulama hadis, hadis tersebut diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. 
  • Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang mutawatir. Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir dikenali sebagai Hadis Ahad. 
  • Hadis Mutawatir terbagi kepada dua iaitu Mutawatir Lafzi, (perkataan Nabi), Mutawatir Amali (perbuatan Nabi)
penerangan Hadis Sahih, akan datang.. INSYALLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...